Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Ibu Mengandung. Show all posts

Monday, 29 July 2013

Masalah sembelit ketika hamil

Sering kali kedengaran masalah yang sering berlaku pada ibu hamil iaitu masalah sembelit. Bukan nak cerita pengalaman orang lain, masalah sembelit ni pernah berlaku dekat diri sendiri jugak.. letih benor dok dlm toilet tu..  Masalah pembuangan air kecil x berlaku pulak bila hamil ni l.. x payah disuruh laju jer pg nye, cuma bila perut rasa senak dan sebu kita pun rasa x selesa n kadang-kadang boleh membawa kepada sakit kepala. (Dari sembelit bawak penyakit lain lak)

Cara penyelesaian untuk mengatasi masalah sembelit dikalangan wanita hamil ialah :

1) Minum air masak sebanyak mungkin.  Melancarkan proses pembuangan bahan-bahan toksik..hehe ( bagus minum air masak sebenarnya)

2) Makan buah-buahan seperti betik, prun serta buah-buah yang boleh melancarkan pergerakan usus besar

3) Minum yogurt, Air Vitagen atau Bliss yang nyummy-nyummy tu

4) Kalau ikt husband ubat yang paling mujarab bangun pagi-pagi terus minum susu.  Insyaallah selamat          (experiment dekat Imran) memang menjadi.. klu x letih tunggu 3 hari die x buang-buang

5) Try suppliment Shaklee (Ostemetrix) setiap malam 4 biji sahaja.  Esk pagi lancar gak pembuangan (kira cm minum susu jgk la..)

Cubalah try tips diatas, jangan biar lama-lama dalam toilet stress nanti :)



Thursday, 11 July 2013

Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.  Semoga kita mendapat keberkatan olehnya :)
Bagi wanita yang telah berkahwin dan kini hamil.. Tahniah! Anda bakal menjadi seorang ibu.  Benar bukan senang menjadi seorang Ibu. Pelbagai cabaran perlu ditempuh sepanjang tempoh kehamilan.  Tetapi perlukah kita mengabaikan kesihatan kita dan anak yang kita kandungkan?  

Bila kita start checkup yang pertama di klinik doktor akan sarankan kita makan Suppliment Asid Folik. Tahukah anda asid folik juga terkandung dalam Vitamin B Complex Shaklee? Selain dari pada asid folik pengambilan seperti Vitalea (Multivitamin), Vitamin C Chewable (Menyihatkan tubuh dan merawat luka) serta Ostematrix ( Kalsium bagi mengantikan susu bagi ibu-ibu yang kurang minum susu).  

Kita khaskan kepada dua kategori iaitu Trimester 1 dan Trimester 2 & 3.  


Set Trimester 1 

Vitamin C Chewable 
i) Memelihara kandungan antioksidan dalam tubuh
ii) Meningkatkan sistem imun tubuh
iii) Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
iv) Boleh dikunyah, mengurangkan rasa loya

Vitamin B Complex 
i) Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro.
ii) Diperlukan untuk pembentukan darah dan mencegah anemia
iii) Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan
iv) Membantu dalam merawat alergi, menyembuh luka, mengawal penyakit jantung dan hiperaktif

Ostematrix 
i) Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
ii) Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
iii) Memulihkan kekejangan, kebas, sakit tulang belakang 
iv) Meredakan stress - mengelakkan gejala murung dan cepat marah

Vitalea 
i) Dua kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan imun berpunca dari radikal bebas
ii) Dua kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
iii) Dua kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf
iv) Tiga kali lebih Vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang


 

Set Trimester 2 dan 3

Omega Guard 

i) Mengekalkan tekanan normal darah
ii) Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
iii) Bagi ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
iv) Meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan

 

* Anda berminat ? Ingin tahu lebih lanjut tentang Set Hamil Shaklee ? Saya sedia membantu :)

Consultant secara PERCUMA SEUMUR HIDUP ! 

Harga MENARIK saya tawarkan ! 

Dapat DISKAUN LEBIH LAGI !! (Pembelian Set Bersalin Reezma)
www.facebook.com/reezmacollection

Hubungi / Whatsapp Zima SEKARANG !! : 013-3806940


Friday, 7 June 2013

Masalah HB rendah

Masalah kesihatan

Masalah kesihatan tidak boleh kita elak kerana orang yang sihat pun boleh jatuh sakit inikan pulak wanita yang sedang mengandung.  Mommies perlu sentiasa menjaga kesihatan atau mengelak dari berlakunya jangkitan ketika hamil bagi mengelakkan risiko kepada anak didalam kandungan.  Sejauh mana kita boleh elakkan masalah ini daripada berlaku?
Masalah kesihatan bukan sahaja morning sickness, tetapi masalah seperti penyakit berjangkit, masalah HB low, masalah kencing manis, tekanan, pendarahan juga boleh berlaku.  Dapatkan rawatan segera sekiranya mommies mengalami simptom-simptom seperti ini.
Kita fokus dulu tentang HB Low.  HB Low bermaksud Hemoglobin rendah.   Paras normal bagi wanita adalah 11.5 sehingga 16.5g/dL manakala lelaki sekitar 12.5 sehingga 18.5g/dL , sekiranya paras HB dibawah paras normal ibu yang hamil akan terdedah kepada risiko anemia.
Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:

·                     Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
·                     Kekurangan asid folat
·                     pendarahan gastrointestinal
·                     Kehilangan darah dari pendarahan buasir 

Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemia kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.


Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:

·                     Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
·                     Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
·                     Jika anda mempunyai kehamilan berganda
·                     Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
·                     Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 

Tanda- tanda lain :

1)            Keletihan yang berlebihan.
2)            Pengsan
3)            Pening
4)            Kulit pucat
5)            Degupan jantung laju dan tak teratur
6)            Sesak nafas

Cara menangani :

1)            Ambil supplement seperti Vitalea Shaklee ( mengandungi Zat Besi dan Vitamin yang diperlukan badan), Vitamin B Complex Shaklee, dan juga Ostemetrix (pil kalsium)

2)            Makan makanan yang tinggi asid folic seperti kacang, oatmeal,sawi, brokoli, asparagus

3)            Makan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin C membantu penyerapan Zat Besi dengan lebih baik

4)            Makan makanan laut seperti kerang

5)            Elakkan pengambilan kafein seperti Nescafe dan Kopi.  Jarakkan pengambilan 2 jam sekiranya mengambil supplement.  Kerana Kafein boleh menghalang penyerapan Zat Besi.


Thursday, 6 June 2013

Alahan mengandung


Alahan bagi wanita hamil

Bagi mommies yang pertama kali mengandung kemungkinan morning sickness adalah sesuatu yang sukar dilupakan.  Keadaan dimana tidak boleh makan sebarang makanan, atau alahan pada bau-bauan masakan atau minyak wangi.  Bagi yang sudah merasainya kemungkinan morning sickness boleh diatasi atau dikawal dengan baik, adakalanya anda langsung tidak merasai morning sickness diawal kehamilan.  Alhamdulillah semasa mengandungkan Imran morning sickness hanya berlaku pada waktu petang selepas balik kerja so konon-konon hebatlah waktu kerja nampak bertenaga jer..hhehe untuk anak yang no 2 ni, masalah morning sickness tidak berlaku langsung cuma tekanan ditempat kerja serta sambung Degree dalam waktu yang sama menyebabkan kepenatan triple action.. sesungguhnya Allah tu Maha Adil J

Zima nak kongsi sket untuk mengatasi masalah alahan dikalangan wanita yang hamil mcm kita-kita nie..hehe

1)            Jika boleh makan, makan dalam keadaan sedikit tetapi kerap.  Jangan pulun banyak-banyak nanti keluar pun sama banyak dengan makanan td. Perut kosong boleh menyebabkan loya, jadi ambil makanan seperti roti dan simpan selebihnya dalam beg. 
2)            Makan makanan yang kita suka sangat.  Insyaallah makanan yang kita suka boleh elak dari kita muntah balik sbb sayangkan..hehe sementara lalu tu, makan jer apa yang kita suka.  Asalkan tak memudratkan seperti nenas.
3)            Pagi-pagi sebelum bangun dari tidur, capai biskut kering satu, kunyah-kunyah sebelum bangun untuk mengelakkan dari pening atau kurang gula.  Letak siap-siap tepi katil yer
4)            Beli limau untuk hilang rasa mual, x pun makan Vitamin C Chewable kunyah-kunyah dapat zat lg tau ;) dari kita makan gula-gula buat sakit gigi jer..hehe
5)            Dapatkan rehat yang cukup.  Kalau morning sickness teruk kena dapatkan rawatan sebab boleh dehydrate jgn sorang-sorang dkt umah yer..

Nikmati dan rasai pengalaman yang indah sepanjang tempoh kehamilan, kerana ia tidak akan berulang lagi sehingga anda hamil semula J


Wednesday, 5 June 2013

Tanda Awal Kehamilan

Bagi yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata anda pasti berasa gembira apabila mengetahui pregnant test kit anda berubah menjadi dua line atau positif.  Tetapi adakalanya pregnant test tidak menunjukkan positif hamil, kemungkinan waktu urin diambil bukan pada awal pagi, adakalanya test kit ini mempunyai kesilapan dan mengakibatkan ia tidak mengubah line tersebut.  Sekiranya anda mengalami tanda-tanda awal kehamilan anda boleh terus merujuk doktor supaya anda boleh mendapatkan result yang lebih baik.

Tanda – tanda awal kehamilan
1)            Kelewatan pada period anda dalam 2 minggu hingga sebulan (bagi period yang teratur)
2)            Tanda-tanda seperti pening kepala dan mual
3)            Sakit pada payudara
4)            Krem pada pangkal ari-ari
5)            Keluar darah coklat seperti selepas period (tanda calit sahaja)
6)            Mengidam
7)            Kekerapan membuang air kecil
8)            Pengsan
9)            Rasa lelah yang berlebihan (cepat penat)
10)          Kerap mengantuk           

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti diatas dan anda rasakan diri anda hamil, bataskan pergerakan anda, ambil makanan yang seimbang, elak makanan atau minuman yang boleh menyebabkan keguguran serta tidak membuat aktiviti lasak untuk trimester pertama.

Tahniah ! anda bakal menjadi seorang ibu J


Saturday, 8 December 2012

Ibu Mengandung 2


Cadangan pengambilan set Ibu Mengandung 1

Trimester 11 dan 111

Pengambilan Vita lea ( Multivitamin)

*Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
*Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
*Penting untuk pertumbuhan sel dan pembaikan

Pengambilan Vitamin B Complex

*Menggalakan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
* Menukarkan makanan menjadi tenaga
*Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
*Meningkatkan fungsi otak

Pengambilan Vitamin C

*Anti Oksidan semulajadi
*Mengekalkan Integriti Sel
*Menggalakan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
*Menolong mengurangkan simptom alergi

Pengambilan Ostematrix@Calsium

*Mengekalkan tekanan darah normal
*Menolong pengecutan otot dan saraf
*Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan

Pengambilan Omega Guard

*Menggalakkan pertumbuhan mental untuk dewasa dan kanak-kanak
*Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
*Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
*Mengurangkan radang sendi

Ibu Mengandung 1


Cadangan pengambilan set Ibu Mengandung 1

Trimester 1

Pengambilan Vita lea ( Multivitamin)

*Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
*Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
*Penting untuk pertumbuhan sel dan pembaikan

Pengambilan Vitamin B Complex

*Menggalakan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
* Menukarkan makanan menjadi tenaga
*Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
*Meningkatkan fungsi otak

Pengambilan Vitamin C

*Anti Oksidan semulajadi
*Mengekalkan Integriti Sel
*Menggalakan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
*Menolong mengurangkan simptom alergi

Pengambilan Ostematrix@Calsium

*Mengekalkan tekanan darah normal
*Menolong pengecutan otot dan saraf
*Mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan