Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Friday, 8 March 2013

Mengantuk di awal kehamilan


Adakah anda tergolong dalam wanita yang cepat letih ketika hamil?

Bagi wanita yang mengalami fasa pertama kehamilan selain dari mengalami alahan, sakit di sekitar payudara, mungkin mengalami sedikit pendarahan. Kita tidak terlepas dari berasa penat dan mengantuk.  Memang bukan dibuat-buat rasa mengantuk ni.  Kadang-kadang macam tau-tau jer dah pukul 10 malam terus jer berat mata ni.  Tak pun asal Nampak bantal dengan tilam terus jer landing..hehe

Dari hasil pembacaan, pada trimester pertama badan kita bekerja keras untuk membuat uri (plasenta) untuk bayi kesayangan kita.  Tahap hormon serta metabolisma kita juga berubah dengan pesat serta paras gula dalam darah serta tekanan darah akan menurun so itulah penyebabnya kita mudah letih.  Dah la kita luaran bekerja, dalaman kita juga turut bekerja.. jadi triple letih.  Macam mana kita nak mengatasinya?

So far sekarang Zima tengah mengalami saat-saat mengantuk ni.  Walaupun mengandungkan anak yang ke 2 tapi rasa mengantuk memang tak boleh dibendung.  Asal makan jer mengantuk, asal makan jer mengantuk..huhuhu memang jd buaya la lepas ni..hehe.  Sebagai seorang setiausaha yang sibuk.. (sibuk la sangat) kita perlu melatih anggota badan kita supaya tak cepat letih.  Macam mana kita nak train badan kita yang manja ni..huhu

Pagi-pagi pastikan kita bersarapan.  Amalkan sarapan pagi seperti roti atau kuih-muih sebagai alas perut.  Bukan nasi lemak lauk ayam..nyam2 confirm tido lepas tu.  Bila kita mengandung perut memang tak boleh dibiarkan kosong sebab perut akan mudah masuk angin dan lepas tu  satu kerja pun kita dah tak boleh buat.  Selepas sarapan, ambil Vitamin C Chewable Shaklee dan Vitamin B Complex dan juga Vitalea.  Automatik tenaga kita bertukar seperti tenaga “SuperWoman”.  Sebenarnya tubuh badan kita perlukan support untuk mereka terus bekerja jadi kita berikan sesuatu untuk membantu tubuh kita supaya kita tidak mudah letih ketika hamil.  Perlunya suppliment untuk membantu anak didalam kandungan kita juga.  Pastikan kita ada membawa roti “spare” atau biskut sekiranya kita lapar lagi untuk “topup” sebelum” lunch”.

Alhamdulillah kesihatan Zima lebih baik dari mengandungkan anak yang pertama.  Waktu bekerja setiap hari dari 8pagi sehingga 6.30petang.  Kini tiada lagi “evening sickness”seperti 3 tahun yang lalu. Pengambilan suppliment ketika hamil sangat-sangat membantu.

Sebelum tidur pastikan kita mengambil Ostematrix Shaklee.  Ia sebagai kalsium yang menguatkan lagi struktur tulang dan gigi kita kerana kita berkongsi dengan anak kesayangan kita.  Selain itu, keperluan kalsium penting untuk mengelakkan masalah sembelit, cramp pada kaki ketika tidur, mengekalkan tekanan darah.  Ostematrix ni kita boleh kongsi dengan suami kita.  Kadang-kadang kita yang mengandung dia lebih sakit badannya.  Cara makan ambil 4 biji sebelum tidur.  Insyaallah badan akan rasa ringan jer dan bertenaga.

Ostematrix Shaklee


Tuesday, 15 January 2013

Original Testimoni


Perkongsian mengenai Set D Shaklee dan ESP

Original dari Zima sendiri.

Assalamualaikum,

Selamat pagi, bagaimana dengan hari ni? Harap-harap lebih baik dari semalam.  Kesihatan semakin baik dan mudah untuk kita melakukan kerja harian dan bersolat.  Hari ni Zima nak berkongsi tentang Set D Shaklee dan ESP.  Zima lebih suka promo Set D dan ESP sebab Zima tahu keberkesanannya.  Bila kita sendiri cuba maka apa yang kita kongsikan adalah realiti sebenar bukan cobaaan..hehe.  Haram hukumnya apabila kita menceritakan sesuatu tanpa kita guna dahulu kemungkinan besar kita akan menipu pelanggan kita sendiri.  Kesan baik selepas penggunaan bergantung kepada individu.  

Pada mulanya Zima hanya tertarik dengan Vitamin C Shaklee saja sebab Zima ade allergik dan kulit cepat rasa gatal bila terkena besi macam jam tangan dengan pin tudung maybe sbb nickel kot.  So nak hilangkan kesan-kesan luka dekat kaki pada mulanya.  Time tu adik kepada  biras Zima kenalkan dengan Vitamin C Shaklee ni.  Perubahan mula nampak apabila kita makan dalam tempoh 2 minggu.  Kesan-kesan luka lama mula hilang sikit-sikit.  Wahh!! Perubahan yang menarik.

So Zima decide nak ambil sebotol pulak Vitamin C Shaklee.  Time ni mula la research sket-sket pasal Vitamin C Shaklee, apa keberkesanannya?  sebab time tu muka pun senang tumbuh jerawat halus, berminyak, rasa kusam bila tak pakai bedak compact.  Bila search jumpa blog sweetbonda.blogspot.com.  Beli dalam 1 botol mulanya, bila kawan-kawan tengok perubahan dorg pun mula tempah, time tu gak la Zima diperkenalkan dengan Vitamin E Shaklee pulak.

Apa pulak Vitamin E Shaklee ni? Vitamin E adalah antioksidan dimana ia halang kerosakan sel akibat radikal bebas.  Vitamin E boleh mengecutkan jerawat-jerawat halus pada kulit wajah.. Mantap!!  Time ni baru Kak Lin maklum ade Set D Shaklee (Fungsi untuk Kecantikan kulit dan kesuburan)  Almaklumlah semua wanita kalau bab cantik dan kurus memang bersungguh-sungguh.

Okey bila diperkenalkan Set D Shaklee yang ada Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B Complex Zima rasakan badan lebih cergas.  Alhamdulillah masih boleh bekerja dan tidak sakit-sakit badan.
Waktu rehat Zima manfaatkan untuk masak tengah hari dan waktu balik adalah waktu untuk mengemas rumah dan sediakan dinner untuk keluarga.  Masih bertenaga ! Waktu tidur adalah pukul 10 setiap hari.  Badan lebih bersedia untuk hari esok.

Selepas 2 bulan Zima makan Set D Shaklee, tertarik pulak nak amik ESP.  Protein soya! Selalu kalau minum pun soya pasar malam, soya kotak.  Tergerak pulak nak try ESP sebab Zima memang tak boleh minum susu tepung.  First Zima try sebab anak menyusu walaupun dah menjangkau 2 tahun 5 bulan.  Lately dalam 3 bulan sebelum ni die dah x nak minum susu formula, hanya bf sahaja.  Kesian jugak kalau Imran x cukup zat.  Alhamdulillah, bila minum ESP Imran lebih suka menyusu dari minum air lain.  Kesan lain rasanya sistem penghadaman jadi lancar, lebih kenyang hanya ambil ESP dan kuih sahaja untuk breakfast. Lebih berkesan untuk hilangkan parut-parut lama, rambut pun kurang gugur dan lebih penting sihat tubuh badan.

Protein dari soya lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.  Jika ada kelapangan luangkan masa untuk berjoging  2 kali dalam seminggu untuk kecergasan badan sebab kita bekerja dalam pejabat dan ada aircond so kebarangkalian cepat letih dan lesu lebih tinggi.  Lemak degil disekitar perut juga akan mula terbentuk.hehehe

p/s  : Lepas ni Zima kongsi pulak gambar sebelum dan selepas pengunaan Set D dan ESP Shaklee.  Vitamin organik untuk kesihatan yang baik !

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Saturday, 8 December 2012

Vitamin B Complex



 Vitamin B Complex (RM53.75 / 120Tablets)

*Menggalakan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
* Menukarkan makanan menjadi tenaga
*Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
*Meningkatkan fungsi otak