Masalah kesihatan
Masalah kesihatan tidak boleh
kita elak kerana orang yang sihat pun boleh jatuh sakit inikan pulak wanita
yang sedang mengandung. Mommies perlu
sentiasa menjaga kesihatan atau mengelak dari berlakunya jangkitan ketika hamil
bagi mengelakkan risiko kepada anak didalam kandungan. Sejauh mana kita boleh elakkan masalah ini
daripada berlaku?
Masalah kesihatan bukan sahaja
morning sickness, tetapi masalah seperti penyakit berjangkit, masalah HB low,
masalah kencing manis, tekanan, pendarahan juga boleh berlaku. Dapatkan rawatan segera sekiranya mommies
mengalami simptom-simptom seperti ini.
Kita fokus dulu tentang HB
Low. HB Low bermaksud Hemoglobin
rendah. Paras normal bagi wanita adalah
11.5 sehingga 16.5g/dL manakala lelaki sekitar 12.5 sehingga 18.5g/dL ,
sekiranya paras HB dibawah paras
normal ibu yang hamil akan terdedah kepada risiko anemia.
Punca anemia selama kehamilan juga
boleh meliputi:
·
Kurangnya pengambilan zat besi
dalam diet anda
·
Kekurangan asid folat
·
pendarahan gastrointestinal
·
Kehilangan darah dari pendarahan
buasir
Bahkan jika anda mengambil jumlah zat
besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemia kerana
perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.
Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
·
Jika anda mempunyai morning
sickness teruk dengan muntah sering
·
Jika anda mempunyai dua atau lebih
berturut-turut kehamilan
·
Jika anda mempunyai kehamilan
berganda
·
Jika diet anda mempunyai kandungan
cukup besi
·
Jika aliran haid sebelum kehamilan
itu berat
Tanda- tanda lain :
1) Keletihan
yang berlebihan.
2) Pengsan
3) Pening
4) Kulit
pucat
5) Degupan
jantung laju dan tak teratur
6) Sesak
nafas
Cara menangani :
1) Ambil
supplement seperti Vitalea Shaklee ( mengandungi Zat Besi dan Vitamin yang
diperlukan badan), Vitamin B Complex Shaklee, dan juga Ostemetrix (pil kalsium)
2) Makan
makanan yang tinggi asid folic seperti kacang, oatmeal,sawi, brokoli, asparagus
3) Makan
buah-buahan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin C membantu penyerapan Zat Besi
dengan lebih baik
4) Makan
makanan laut seperti kerang
5) Elakkan
pengambilan kafein seperti Nescafe dan Kopi.
Jarakkan pengambilan 2 jam sekiranya mengambil supplement. Kerana Kafein boleh menghalang penyerapan Zat
Besi.
No comments:
Post a Comment