Bagi yang sudah berkahwin dan
menginginkan cahaya mata anda pasti berasa gembira apabila mengetahui pregnant
test kit anda berubah menjadi dua line atau positif. Tetapi adakalanya pregnant test tidak
menunjukkan positif hamil, kemungkinan waktu urin diambil bukan pada awal pagi,
adakalanya test kit ini mempunyai kesilapan dan mengakibatkan ia tidak mengubah
line tersebut. Sekiranya anda mengalami
tanda-tanda awal kehamilan anda boleh terus merujuk doktor supaya anda boleh
mendapatkan result yang lebih baik.
Tanda – tanda awal kehamilan
1) Kelewatan pada period anda dalam 2 minggu hingga sebulan
(bagi period yang teratur)
2) Tanda-tanda seperti pening kepala dan mual
3) Sakit pada payudara
4) Krem pada pangkal ari-ari
5) Keluar darah coklat seperti selepas period (tanda calit
sahaja)
6) Mengidam
7) Kekerapan membuang air kecil
8) Pengsan
9) Rasa lelah yang berlebihan (cepat penat)
10) Kerap mengantuk
Sekiranya anda mengalami
tanda-tanda seperti diatas dan anda rasakan diri anda hamil, bataskan pergerakan
anda, ambil makanan yang seimbang, elak makanan atau minuman yang boleh
menyebabkan keguguran serta tidak membuat aktiviti lasak untuk trimester
pertama.
Tahniah ! anda bakal menjadi
seorang ibu J
No comments:
Post a Comment