Alahan bagi wanita hamil
Bagi mommies yang pertama kali
mengandung kemungkinan morning sickness adalah sesuatu yang sukar
dilupakan. Keadaan dimana tidak boleh
makan sebarang makanan, atau alahan pada bau-bauan masakan atau minyak wangi. Bagi yang sudah merasainya kemungkinan
morning sickness boleh diatasi atau dikawal dengan baik, adakalanya anda
langsung tidak merasai morning sickness diawal kehamilan. Alhamdulillah semasa mengandungkan Imran
morning sickness hanya berlaku pada waktu petang selepas balik kerja so
konon-konon hebatlah waktu kerja nampak bertenaga jer..hhehe untuk anak yang no
2 ni, masalah morning sickness tidak berlaku langsung cuma tekanan ditempat
kerja serta sambung Degree dalam waktu yang sama menyebabkan kepenatan triple
action.. sesungguhnya Allah tu Maha Adil J
Zima nak kongsi sket untuk
mengatasi masalah alahan dikalangan wanita yang hamil mcm kita-kita nie..hehe
1) Jika boleh makan, makan dalam keadaan sedikit tetapi
kerap. Jangan pulun banyak-banyak nanti
keluar pun sama banyak dengan makanan td. Perut kosong boleh menyebabkan loya,
jadi ambil makanan seperti roti dan simpan selebihnya dalam beg.
2) Makan makanan yang kita suka sangat. Insyaallah makanan yang kita suka boleh elak
dari kita muntah balik sbb sayangkan..hehe sementara lalu tu, makan jer apa
yang kita suka. Asalkan tak memudratkan
seperti nenas.
3) Pagi-pagi sebelum bangun dari tidur, capai biskut kering
satu, kunyah-kunyah sebelum bangun untuk mengelakkan dari pening atau kurang
gula. Letak siap-siap tepi katil yer
4) Beli limau untuk hilang rasa mual, x pun makan Vitamin C
Chewable kunyah-kunyah dapat zat lg tau ;) dari kita makan gula-gula buat sakit
gigi jer..hehe
5) Dapatkan rehat yang cukup. Kalau morning sickness teruk kena dapatkan
rawatan sebab boleh dehydrate jgn sorang-sorang dkt umah yer..
Nikmati dan rasai pengalaman yang
indah sepanjang tempoh kehamilan, kerana ia tidak akan berulang lagi sehingga
anda hamil semula J
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Masalah morning sickness ini juga harus dirawat dengan teliti kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor.