Showing posts with label Untuk Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Untuk Kanak-Kanak. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

Lebih 6000 kanak-kanak meninggal akibat pencemaran air

Mengikut statistik lebih 6000 kanak-kanak meninggal dunia dalam sehari akibat pencemaran air?  Kes ini berlaku apabila kita tidak mementingkan penggunaan air yang dimasak serta air yang bersih.  Keadaan ini juga banyak berlaku disekolah dan rumah asuhan kanak-kanak kerana penjaga mengambil mudah terhadap kebersihan air.

Kesan yang boleh berlaku pada kanak-kanak adalah masalah cirit-birit, taun, muntah-muntah.  Gejala cacing kerawit dan schistosomiasis disebabkan cacing bawaan air merupakan penyakit yang selalunya didengari akibat penggunaan air yang tidak dimasak.  Bagi mengelakkan masalah ini berlaku bekalkan anak-anak anda air masak dari rumah kerana kita lebih arif terhadap kebersihan air.  Sayangilah anak anda !

lovelyummi.blogspot.com

Friday, 9 August 2013

Tambahkan Sedikit Daging dalam Menu Anak Anda

Bagi anak-anak yang sudah boleh makan, si ibu boleh menambah sedikit daging dalam menu anak-anak mereka kerana ia mampu memperbaiki tahap kesihatan serta menambah kecerdasan mental mereka. Walaupun jumlah daging yang diambil hanya sedikit sahaja, sumber protein daripada daging mampu memenuhi keperluan harian vitamin B12 bagi tubuh kanak-kanak.  Dalam masa yang sama, kuantiti daging terhad itu juga berupaya memenuhi 62% daripada keperluan harian untuk zink dan 26% keperluan zat besi kanak-kanak.


*gambar dari majalah rasa*

Thursday, 8 August 2013

Kerana Sebiji Epal

Tahukah anda hanya kerana sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari adalah sudah cukup untuk kita mendapatkan khasiatnya yang dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan? Kajian mendapati, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik.

Bagi kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, kesannya ia dapat menyeimbangkan kandungan zat sekaligus mencegah berlakunya lemak dalam badan.

lovelyuumi.blogspot.com

Wednesday, 7 August 2013

Tingkatkan Daya Ingatan Anak Anda dengan Sayur dan Buah

Kanak-kanak yang bijak dan pandai belajar mempunyai daya ingatan yang kuat.  Dan faktor pemakanan turut mempengaruhi daya ingatan mereka semasa belajar.  Satu kajian mendapati, makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan daya ingatan seseorang,  ini kerana kandungan antioksida yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan dapat memperbaiki ingatan dan proses pembelajaran.  Ia juga dapat melambatkan proses penuaan otak.

Antioksida dapat meminimakan semula sel-sel yang rosak akibat molekul radikal  bebas. Antara makanan yang berkhasiat tinggi boleh didapati adalah dalam bentuk epal dan sayur bayam.  Oleh itu, berilah anda makanan yang berkhasiat setiap hari untuk daya ingatan yang kuat.

lovelyummi.blogspot.com