Wednesday, 7 August 2013

Tingkatkan Daya Ingatan Anak Anda dengan Sayur dan Buah

Kanak-kanak yang bijak dan pandai belajar mempunyai daya ingatan yang kuat.  Dan faktor pemakanan turut mempengaruhi daya ingatan mereka semasa belajar.  Satu kajian mendapati, makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan daya ingatan seseorang,  ini kerana kandungan antioksida yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dikatakan dapat memperbaiki ingatan dan proses pembelajaran.  Ia juga dapat melambatkan proses penuaan otak.

Antioksida dapat meminimakan semula sel-sel yang rosak akibat molekul radikal  bebas. Antara makanan yang berkhasiat tinggi boleh didapati adalah dalam bentuk epal dan sayur bayam.  Oleh itu, berilah anda makanan yang berkhasiat setiap hari untuk daya ingatan yang kuat.

lovelyummi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment