Friday, 8 March 2013

Mengantuk di awal kehamilan


Adakah anda tergolong dalam wanita yang cepat letih ketika hamil?

Bagi wanita yang mengalami fasa pertama kehamilan selain dari mengalami alahan, sakit di sekitar payudara, mungkin mengalami sedikit pendarahan. Kita tidak terlepas dari berasa penat dan mengantuk.  Memang bukan dibuat-buat rasa mengantuk ni.  Kadang-kadang macam tau-tau jer dah pukul 10 malam terus jer berat mata ni.  Tak pun asal Nampak bantal dengan tilam terus jer landing..hehe

Dari hasil pembacaan, pada trimester pertama badan kita bekerja keras untuk membuat uri (plasenta) untuk bayi kesayangan kita.  Tahap hormon serta metabolisma kita juga berubah dengan pesat serta paras gula dalam darah serta tekanan darah akan menurun so itulah penyebabnya kita mudah letih.  Dah la kita luaran bekerja, dalaman kita juga turut bekerja.. jadi triple letih.  Macam mana kita nak mengatasinya?

So far sekarang Zima tengah mengalami saat-saat mengantuk ni.  Walaupun mengandungkan anak yang ke 2 tapi rasa mengantuk memang tak boleh dibendung.  Asal makan jer mengantuk, asal makan jer mengantuk..huhuhu memang jd buaya la lepas ni..hehe.  Sebagai seorang setiausaha yang sibuk.. (sibuk la sangat) kita perlu melatih anggota badan kita supaya tak cepat letih.  Macam mana kita nak train badan kita yang manja ni..huhu

Pagi-pagi pastikan kita bersarapan.  Amalkan sarapan pagi seperti roti atau kuih-muih sebagai alas perut.  Bukan nasi lemak lauk ayam..nyam2 confirm tido lepas tu.  Bila kita mengandung perut memang tak boleh dibiarkan kosong sebab perut akan mudah masuk angin dan lepas tu  satu kerja pun kita dah tak boleh buat.  Selepas sarapan, ambil Vitamin C Chewable Shaklee dan Vitamin B Complex dan juga Vitalea.  Automatik tenaga kita bertukar seperti tenaga “SuperWoman”.  Sebenarnya tubuh badan kita perlukan support untuk mereka terus bekerja jadi kita berikan sesuatu untuk membantu tubuh kita supaya kita tidak mudah letih ketika hamil.  Perlunya suppliment untuk membantu anak didalam kandungan kita juga.  Pastikan kita ada membawa roti “spare” atau biskut sekiranya kita lapar lagi untuk “topup” sebelum” lunch”.

Alhamdulillah kesihatan Zima lebih baik dari mengandungkan anak yang pertama.  Waktu bekerja setiap hari dari 8pagi sehingga 6.30petang.  Kini tiada lagi “evening sickness”seperti 3 tahun yang lalu. Pengambilan suppliment ketika hamil sangat-sangat membantu.

Sebelum tidur pastikan kita mengambil Ostematrix Shaklee.  Ia sebagai kalsium yang menguatkan lagi struktur tulang dan gigi kita kerana kita berkongsi dengan anak kesayangan kita.  Selain itu, keperluan kalsium penting untuk mengelakkan masalah sembelit, cramp pada kaki ketika tidur, mengekalkan tekanan darah.  Ostematrix ni kita boleh kongsi dengan suami kita.  Kadang-kadang kita yang mengandung dia lebih sakit badannya.  Cara makan ambil 4 biji sebelum tidur.  Insyaallah badan akan rasa ringan jer dan bertenaga.

Ostematrix Shaklee


No comments:

Post a Comment