Penghujung tahun 2012 dan
permulaan tahun 2013 seperti yang kita
sedia maklum adalah tahun kecantikan, dimana para wanita mula timbul rasa ingin
kelihatan cantik, menarik dan da’bomb.
Suppliment kesihatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Masing-masing menunjukkan kelebihan produk
masing-masing. Ada yang mampu
melangsingkan dalam hanya 2 minggu, ada yang memperkenalkan produk yang boleh menegangkan
kulit sehingga boleh kelihatan seperti remaja walaupun berusia 50 tahun. Termasuk juga produk kecantikan untuk dalaman
wanita.
Fitrah wanita yang sukakan
kecantikan. Wanita mudah tertarik
apabila melihat wanita lain yang cantik dan menarik,dan mereka sanggup
mengeluarkan beribu-ribu ringgit hanya untuk kelihatan cantik. 90% iklan yang terdapat di media elektronik kini
hanya focus dalam mempromosikan produk untuk cantik dan sihat sahaja. Tetapi harus diingat kita sebagai wanita
perlu berwaspada dalam pemillihan sesuatu produk, lagi-lagi produk yang
melibatkan kulit kita serta sistem dalaman kita.
Sebelum membeli sesuatu produk
kita perlu mengkaji dahulu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu
produk. Adakah mengandungi bahan
terlarang seperti dadah, racun serta bahan yang mampu merosakkan sel-sel dalam
tubuh badan kita. Bukan tidak boleh
cantik, tapi sekiranya kita tersilap langkah ia akan mengakibatkan kita
menyesal seumur hidup. Sekiranya kita
disogok dengan memberikan kesan yang luar biasa setelah menggunakan sesuatu
produk berkemungkinan produk tersebut mempunyai bahan terlarang.
Kita dilahirkan dalam keadaan
sempurna. Sekiranya kita terlalu taksub
untuk cantik kemungkinan kita akan menyesal dikemudian hari. Kemungkinan dengan hanya mengamalkan makanan
berkhasiat serta minum cukup air masak setiap hari boleh membuatkan kulit serta
badan kita sihat tanpa menggunakan apa-apa produk. Pengambilan supplement untuk membantu sel
dalam badan kita juga boleh digunakan bagi memenuhi keperluan. Pastikan kita mendapat nasihat dan cara
penggunaan yang betul sebelum menggunakan supplement kesihatan.
No comments:
Post a Comment