Assalamualaikum dan selamat petang chewahh...huhuhu lama x berceloteh kt cni. Bukan mendiamkan diri tapi busy menguruskan diri yang nak kembali ke alam persekolahan.. huhuhu termasuk keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. So far hari ni Zima nak bincang sikit pasal keyakinan diri.
Keyakinan diri ni satu benda yang sangat penting yang perlu ada dalam diri kita. Kalau kita nak improve diri kita dan maju kehadapan keyakinan diri sangat-sangat penting. Lupakan rasa takut, nantilah, esoklah yang akhirnya kita masih ditakuk lama tapi bila tengok orang berjaya kita jadi jeles sampai nak mandrem orang lain.. nauzubillah.
Bukan senang nak tambah keyakinan diri naknya jika kita dari kecik dah diajar nak belajar bawak basikal mak kata nanti kena langgar tak pun bila jatuh mesti sakit. Nak pergi berkhemah tak boleh nanti kena gigit nyamuk, lintah dan sebagainya. Sekiranya kita tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan ia akan menimbulkan masalah keyakinan diri. Tapi tak perlulah bergaul sampai lewat malam sampai tak ingat nak balik takut jadi masalah lain pulak..hehehe
Keyakinan kita boleh lihat dari pelbagai aspek dari segi keyakinan kita dalam aspek komunikasi atau dari segi perbuatan. Kalau dari segi komunikasi dikhalayak ramai masih belum ramai yang boleh buat. Kenapa? Adakah kita takut orang gelakkan kita, atau kita takut melakukan kesalahan? Ramai daripada kita gemar bergosip, pandai berceloteh dengan rakan-rakan tapi bila kena buat pembentangan mula menyorok dan kalau boleh ambil mc supaya terlepas dari pembentangan. Selaku wanita, saya suka rakan-rakan saya berani untuk bercakap dihadapan orang ramai. Mungkin kita rasa takut tapi pada mulanya sahaja lama kelamaan kita akan rasa selesa dan boleh berborak macam kita berborak dengan rakan-rakan kita sendiri.
Keyakinan dari segi perbuatan. Kita berminat untuk berniaga, tapi kita rasa takut untuk mencuba kerana takut rugi, takut customer marah, takut tak ada masa untuk keluarga. Kita dah luahkan masalah sebelum kita melakukan perkara tersebut. Itu batu penghalang yang paling besar untuk kita robohkan. Cuba kita ambil langkah permulaan. Minat berniaga tetapi tak ada modal atau modal kecik. Just jadi ahli dropship. Banyak barang yang boleh kita jual asalkan kita minat dengan perniagaan tersebut. Modal sedikit atau hanya yuran dikenakan dan boleh berniaga untuk mendapatkan komisyen dari barang yang kita jual. Segala urusan pengeposan dilakukan oleh kedai yang menjalankan perniagaan. Mudah, selamat yang paling penting boleh tingkatkan keyakinan diri kita.
Bila kita mula yakin dan sudah ada pasaran atau target market, just laburkan sedikit modal dan kita beli borong. Dengan itu kita boleh dapat keuntungan yang lebih disamping kita boleh mengeluarkan produk tersebut dengan nama kita sendiri.
Bukan susah untuk tambah keyakinan diri. Hanya perlu bergerak selangkah kehadapan untuk memajukan diri kita! Bangunlah kaum wanita. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment