Sunday, 16 December 2012

Punca period tak teratur ?


Haid adalah perkara biasa bagi perempuan yang telah cukup umur/ akil baligh.  Proses haid akan berlaku sekitar 7 hingga 15 hari.  Sekirnya anda didatangi haid dalam lingkungan 3 hingga 6 bulan sekali tanpa mengandung, anda mungkin mengalami masalah pada kitaran haid anda.

Ketahui punca bagaimana masalah ini boleh berlaku?

1) Stress. Mempunyai masalah ditempat kerja, dirumah ataupun masalah dalam keluarga.

2) Kegemukan.  Jika seorang wanita mengalami masalah berat badan @ obesiti ia akan menjurus ke arah masalah gangguan haid.

3) Kurus.  Jika wanita mengalami masalah berat badan seperti kurang berat badan ia mengakibatkan gangguan haid kerana kekurangan nutrisi dalam badan dan mengakibatkan masalah sekiranya ingin hamil.

4) Kemurungan.  Masalah kemurungan akan mengganggu keseimbangan saraf dan hormon dalam otak.  Apabila pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal masalah kemurungan ia akan mengakibatkan gangguan haid yang lama.

5) Masalah penyakit yang kronik.  Seperti Pulmonary Tuberculosis, SLE, Penyakit melibatkan kelenjar tiroid, Polycystic Ovarian Cyst (PCOS).

No comments:

Post a Comment