Sunday, 16 December 2012

SLE ( Systemic Lupus Erythematosus)



Apa itu SLE.  Systemic Lupus Erythematosus adalah satu penyakit kronik yang berpanjangan akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh.

Gejala awal pesakit SLE adalah rasa letih lesu, sakit sendi, demam dan keguguran rambut.  Kebanyakan pesakit SLE mengidap masalah kulit.  Selalunya terjadi ruam dibahagian muka seperti butterfly rashes kerana ruam di muka berbentuk seperti rama-rama.

Ia berpunca apabila sistem auto imun yang ditugaskan untuk melindungi badan dari jangkitan bakteria berlaku kecelaruan dan menyebabkan imun badan menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri.  Masalah Lupus boleh menjejaskan organ seperti kulit, sendi dan organ dalaman.



Faktor yang diwarisi daripada genetik, virus, sinar ultra ungu dan pengambilan ubat tertentu kebarangkalian terjadinya penyakit ini.  Wanita adalah golongan yang paling ramai menghidap penyakit SLE ini berbanding lelaki.

Selain dari masalah kulit penyakit SLE juga boleh mengalami masalah sensitif terhadap cahaya, arthritis, radang pada selapus sereus, kelainan pada ginjal, kelainan fungsi saraf, kelainan darah, kelainan sistem kekebalan tubuh.

No comments:

Post a Comment