Wednesday, 12 December 2012

10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri



Keyakinan diri dapat memberikan kita kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dan ujian yang diberikan.

1) Anggap diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain tiada kurang atau lebihnya.

2) Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

3) Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.  Jangan biarkan ia terus berkekalan tanap ada sebarang usaha dari anda.

4) Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.  Berani !

5) Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.  Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

6) Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7) Kemaskan diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari ini.  Ya saya boleh!

8) Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.  Jangan terlalu kaku.

9) Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10) Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugas.   Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Sumber : I Luv Islam

No comments:

Post a Comment