Friday, 7 December 2012

Pentingkah Suppliment??

Assalamualaikum, 

Bila saya buka topik spt ini mesti ramai yang bertanya Pentingkah Suppliment?? Kalau makan makanan seimbang, ambil sayur dan buah-buahan bukankah sama dengan makan suppliment??  Suppliment mahal, bazir duit kalau beli bukan dapat ape pun??

Betul x? Saya juga adalah salah seorang dari orang yang pernah mengatakan seperti itu.  Tetapi mengapa sy mengubah persepsi saya??

Saya mengubah persepsi saya kerana ayah saya sendiri.  Beliau menghidap penyakit diabetis.  Akhir bulan 12 tahun 2011, kaki kanan beliau terpaksa dipotong sehingga bawah lutut, akibat luka dibawah tapak kakinya telah menyebabkan kuman merebak cepat.  Walaupun lukanya telah baik tapi disebabkan kuman telah merebak Dr meminta untuk memotong kaki beliau.  Bayangkan tidak sampai seminggu sahaja kaki beliau terpaksa dipotong.

Disitu saya merasakan bahawa perlunya kita untuk menjaga kesihatan sebelum berlakunya kejadian seperti ini.  Mungkin jika tidak berlaku kepada ahli keluarga saya, saya tidak akan berubah dan masih dengan persepsi yang lama.  Orang akan mengatakan bahawa sudah terhantuk barulah nak terngadah.  Tapi manusia akan berubah apabila merasai pengalaman seperti itu di depan matanya.  Perlukah anda merasai seperti itu??

Kenapa kita harus mengambil suppliment.  Sedia maklum, makanan yang terdapat di Malaysia kaya dengan lemak seperti minyak, santan.  Pengambilan Nasi Lemak, Kari Ayam, Masak Lemak Cili Api.. memang sedap.huhu tapi tahukah kita pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan kita.  Pengambilan Kafein dan gula yang tinggi akan menyebabkan vitamin dalam badan kita dibuang dan menyebabkan badan kita lemah dan mudah didatangi penyakit.

Walaupun pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, tahap kebersihan seperti penggunaan baja kimia atau racun perosak juga boleh menyebabkan zat-zat terkandung dalam tumbuhan tersebut akan tercemar.



Kenapa saya berkongsi?? Kerana saya sayangkan diri saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan Anda!

No comments:

Post a Comment