Assalamualaikum,
Kesihatan yang baik perlu dititkberatkan dalam kehidupan manusia. Kesihatan yang baik juga memberikan manusia pelbagai kelebihan seperti bekerja, bersolat, bekeluarga.
Badan kita adalah amanah dari Allah. Kesihatan perlu dijaga dengan baik agar kita dapat melaksanakan segala perintahnya.
Mari kita renungkan apa yang disabdakan oleh Rasullullah kita Nabi Muhammad S.A.W
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Jadi perlukah kita mengingkarinya? perlukah kita mengabaikan kesihatan kita? Renung.. renungkan
No comments:
Post a Comment