Saturday, 8 December 2012

Mengapa Jerawat Terjadi??


Apa perasaan anda Malu?? Kurang keyakinan diri?? Stress??

Sebelum itu ketahui punca-punca berlakunya masalah Jerawat

* Jerawat berpunca apabila struktur folikel kulit terganggu dan mengeluarkan minyak yang berlebihan dari normal lalu mengakibatkan pengeluaran jerawat.

* Perubahan hormon dalam badan juga mengakibatkan berlakunya jerawat seperti golongan remaja yang baru meningkat dewasa.

* Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia serta menyebabkan kulit menipis dan mudah sensitif akan mengakibatkan pengeluaran jerawat serta jeragat.

* Tidak mencuci muka sebersih-bersihnya selepas bekerja kerana kulit terdedah dengan persekitaran menyebabkan kulit mudah dijangkiti bakteria dan menghasilkan jerawat.

* Pengambilan makanan yang tidak seimbang, seperti mengamalkan makanan segera serta mengandungi minyak yang berlebihan mengakibatkan pengeluaran jerawat berlaku.

Jadi, adakah anda mengalami masalah seperti ini?? 

No comments:

Post a Comment