Saturday, 22 December 2012

Kesuburan adalah satu musibah atau ujian ?


Bagi pasangan yang telah berkahwin hampir 10 % dari mereka yang  normal tidak memperoleh cahaya mata apabla genap setahun pernikahan mereka.  Rasa gusar, bimbang telah melanda pasangan ini.  Wanita terutamanya akan berada dalam keadaan kemurungan dan adakala tidak boleh berjumpa orang ramai kerana terlalu tertekan apabila disoal mengenai anak.

Kini saya ingin berkongsi 5 tips yang boleh dilakukan oleh pasangan bagi memperolehi cahaya mata mudah-mudahan ianya bermanfaat : 

1) Penggunaan Ovulation kit.  Kini lebih mudah didapati di farmasi sekitar kawasan perumahan kita.  Ovulation kit sangat sesuai untuk wanita bagi mengenalpasti waktu kesuburan kerana ada sesetengah wanita yang tidak mengetahui waktu kesuburan mereka kerana 'period tidak regular' dan sentiasa berubah-ubah setiap bulan.

2) Kekerapan melakukan hubungan seksual.  Tidak ada jumlah yang ditetapkan untuk seseorang wanita hamil.  Kekerapan melakukan hubungan boleh dilakukan dari 3 hari sebelum sehingga 3 hari selepas waktu kesuburan.  Kerana sperma mampu bertahan sekitar 48 jam sehingga 72 jam.

3) Nikmati proses hubungan seskual anda.  Anda tidak terlalu stress atau memikirkan untuk mendapatkan anak.  Anda hanya perlu 'enjoy' supaya hubungan seksual akan lebih relax.

4) Pergi ke tempat-tempat yang anda ingin pergi bersama pasangan.  Dengan ini pasangan akan lebih gembira dan tidak terlalu memikirkan soal cahaya mata dan pandangan orang sekeliling.

5) Jaga kesihatan anda.  Bagi wanita terlalu kurus atau terlalu gemuk akan menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan cahaya mata.  Pilih makanan yang berkhasiat disamping pengambilan suppliment yang membantu anda seperti B Complex bagi langkah awal bagi pembentukan otak bayi.  Pengambilan GLA Complex adalah untuk membantu wanita dalam merancang kehamilan.





No comments:

Post a Comment