Apa itu Talasemia ? Sejauh mana kita tau tentang masalah genetik ini ?
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Ia merupakan penyakit yang diwarisi. Kecacatan gen akan menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Hemoglobin adalah bahagian sel darha merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia juga memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal pesakit akan kelihatan pucat kerana hemoglobin yang rendah.
Talasemia terbahagi kepada dua :
Minor -Mempunyai kecacatan gen talesemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talesemia atau pembawa.
Major - Menghidap penyakit talasemia atau menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Bagi pembawa di Malaysia : Ia tidak mengalami apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Ia hanya akan membawa gen talasemia apabila hamil.
50% kemungkinan pembawa, 50% kemungkinan normal dan ada juga anak yang tidak akan mengalami talasemia.
Bagi pesakit talesemia : Sekiranya ibu atau bapa merupakan pembawa talasemia.
25% kemungkinan anak adalah pesakit talasemia, 50% berkemungkinan pembawa, 25% adalah pembawa
Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin rendah iaitu 10g/dl
Kenali 7 tanda anda mungkin menghidap penyakit Talasemia :
1) Biasanya anak-anak pembawa talasemia adalah normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
2) Tubuh kelihatan pucat, lemah dan gelisah.
3) Anemia yang seris boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
4) Jaundis
5) Tumbesaran terbantut
6) Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
7) Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal.
No comments:
Post a Comment