Sunday, 23 December 2012

Lelaki dan ketidaksuburan

Berhubung post semalam berkenaan kesuburan adalah dugaan atau ujian?  Kini kita rujuk pula pada ketidaksuburan mengenai pasangan kita iaitu lelaki.  Tidak wajar sekiranya hanya wanita sahaja yang perlu membuat pemeriksaan bagi tahap kesuburan.  Ketidaksuburan bagi lelaki berlaku dalam lingkungan 1/10 lelaki shaja.  Sekiranya masalah berlaku ia dipanggil 'male infertility'.

3 Punca berlakunya masalah ketidaksuburan bagi lelaki

1) Berlaku ketidaknormalan pada sperma

- Terdapat keradangan pada testis
- Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
- Testis yang tidak membentuk dengan normal

2) Sperma terlalu sedikit atau tiada sperma

- Terdapat unsur genetik tidak normal
- Mengambil alkohol, rokok dan dadah
- Pernah menghidap penyakit beguk
- Hormon yang tidak normal
- Terdedah kepada bahan kimia beracun
- Terdedah pada radiasi yang berlebihan
- Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
- Memakai seluar dalam yang terlalu ketat

3) Berlaku masalah ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita

- Ejakulasi tidak matang - Ejakulasi terlalu cepat
- Ejakulasi terbalik - air mani masuk semula ke dalam pundi kencing
- Masalah ereksi
- Komplikasi dari pembedahan atau radiasi

No comments:

Post a Comment