Masalah Alergi/keradangan berlaku kepada sesetengah manusia. Ini kerana kulit atau tubuh mereka sensitif terhadap bulu binatang, makanan laut, debu, asap, habuk kayu ada juga disebabkan faktor keturunan.
Tanda-tanda anda mengalami alergi :
1) Mata merah, bengkak atau berair
2) Hidung mengeluarkan banyak lendir, bersin yang berlarutan bermula apabila anda bangun diwaktu pagi
3) Saluran nafas berlendir, sesak nafas, nafas berbunyi seperti asthma
4) Sakit sendi, berasa ngilu atau bengkak
5) Kulit mengalami bintik-bintik merah dan merasai gatal
Masalah alergi boleh diatasi dengan mengambil ubat sapu seperti Econazine, Calamine Lotion. Tetapi ia hanyalah pada luaran sahaja. Alergi ini masih boleh menyerang tubuh manusia kerana imun sistem kita masih lemah.
Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan Alfalfa adalah penting dalam proses detox dan juga anti keradangan supaya alergi ini tidak mengganggu lagi anda. Pengambilan suppliment seperti Vitamin C dan Vitamin E adalah untuk menguatkan imun anda semula. Pengambilan air masak secukupnya dapat membawa toksin keluar dari tubuh kita melalui urin.
No comments:
Post a Comment