Sebagai seorang manusia kita tidak lari dari dihidapi penyakit. Walaupun kita menjaga kesihatan diri tetapi tahukah kita bahawa kita juga boleh jatuh sakit jika diizinkan Allah. Adakah kita perlu bersedih dan meratap sepanjang masa sewaktu kita sakit?
Tahukah anda apa kelebihan orang yang sakit?
1) Penghapus dosa. Bagi orang yang sakit, anda tidak perlu bersedih kerana kadangkala sakit itu adalah sebagai penghapus dosa-dosa yang dilakukan oleh kita. Selaku hamba Allah kita tidak lari dari ditimpa penyakit.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
2) Sakit meninggikan darjat manusia. Bagi kita mungkin sakit ini boleh menyusahkan diri dan juga keluarga. Tapi tahukah kita sakit ini Allah telah meninggikan darjat kita.
3) Sakit rohani adalah punca kejahatan. Perasaan dendam, iri hati, buruk sangka, menipu juga akan membawa kesakitan kepada seluruh badan kita. Dengan kesakitan yang dialami kita akan menyedari kesilapan lalu yang dilakukan dan mampu untuk bertaubat kepada Allah.
Sumber : http://www.iluvislam.com
No comments:
Post a Comment