Saturday, 8 December 2012

Masalah Keputihan

Keputihan amat sinonim dengan wanita.  Wanita akan mengalami masalah keputihan seminggu sebelum didatangi haid.  Warnanya adalah putih jernih tetapi tidak gatal.  Seluar akan menjadi lembab dan anda tidak akan selesa, disini penggunaan panty liner diperlukan untuk memudahkan anda untuk solat.

Bagi keputihan yang tidak normal.  Keputihan yang akan keluar adalah bewarna putih kuning, berlendir, berbau kurang menyenangkan.  Adakala ianya boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian intim Tetapi tahukah anda mengapa ia terjadi?

Pengeluaran keputihan yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya penularan bakteria. Keadaan stress, penat melakukan kerja berat atau kerap melakukan persetubuhan  adalah salah satu sebab pengeluaran keputihan secara berlebihan.  Kebersihan dibahagian intim sangat-sangat diperlukan kerana bakteria mudah merebak apabila berada dipermukaan lembab.

Pertukaran panty liner secara kerap juga boleh membantu penularan bakteria berlaku.  Proses pencucian selepas membuang air juga penting kerana bakteria mudah merebak kebahagian intim.

Namun tahukah anda penggunaan suppliment seperti Alfalfa, Herb Lax dan juga Vitamin B Complex dapat membantu untuk mengatasi masalah keputihan/Laukorrhea ini?

Dapatkan nasihat oleh distributor anda sebelum mengambil sesuatu produk.  Bagi membolehkan anda menyelesaikan masalah yang dihidapi.

No comments:

Post a Comment