Showing posts with label Untuk Bayi. Show all posts
Showing posts with label Untuk Bayi. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

Makanan punca bayi sembelit

Ibu-ibu akan mula bersemangat untuk menyediakan pelbagai makanan apabila usia bayi mencecah 6 bulan. Bubur nasi yang tidak dikisar halus boleh menyebabkan masalah sembelit pada bayi anda dan menyebabkan najis menjadi keras.  Penggunaan susu formula juga turut menjadi salah satu penyebab masalah sembelit kerana susu formula mengandungi bahan kalsium yang lebih tinggi dan bahan protein caserin.

Bagi mengurangkan masalah sembelit dikalangan bayi, khas bagi bayi yang minum susu formula dinasihatkan untuk mengambil buah seperti buah prun, anggur, aprikot yang dikisar halus bagi melancarkan proses pembuangan. Bagi yang sudah mula makan bubur, tambahkan sayur seperti sayur salad yang dikisar dan campurkan didalam bubur nasi.

lovelyummi.blogspot.com

Monday, 5 August 2013

Kerana Ibu Bayi Sukar Tidur?

Adakah mommies tahu bahawa sebenarnya bayi sukar tidur adalah disebabkan oleh diri kita sendiri?

Ibu yang menyusukan bayi perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana ia boleh mempengaruhi emosi bayi anda.  Kesan yang kita dapat lihat terhadap bayi adalah mereka sukar melelapkan mata dan mungkin merengek pada waktu malam dan menjejaskan waktu tidur bayi dan anda juga.

Menurut Profesor Paediatrik dari Texas Tech University School of Medicine, Thomas W. Hale, minuman berkafein, berkarbonat, soda dan teh perlu dihadkan kepada secawan sehari sahaja bagi yang menggemarinya.  Bayi boleh mendapat kesan yang lebih buruk apabila mengalami masalah sukar tidur yang berpanjangan kerana ia akan menyebabkan masalah perkembangan bayi terbantut.

lovelyummi.blogspot.com