Ibu yang menyusukan bayi perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana ia boleh mempengaruhi emosi bayi anda. Kesan yang kita dapat lihat terhadap bayi adalah mereka sukar melelapkan mata dan mungkin merengek pada waktu malam dan menjejaskan waktu tidur bayi dan anda juga.
Menurut Profesor Paediatrik dari Texas Tech University School of Medicine, Thomas W. Hale, minuman berkafein, berkarbonat, soda dan teh perlu dihadkan kepada secawan sehari sahaja bagi yang menggemarinya. Bayi boleh mendapat kesan yang lebih buruk apabila mengalami masalah sukar tidur yang berpanjangan kerana ia akan menyebabkan masalah perkembangan bayi terbantut.
No comments:
Post a Comment