Thursday, 10 January 2013

Stress..Stress..Stress.. Tolongg!!


Hari ni Zima nak berkongsi penyelesaian bagaimana nak tangani masalah stress ditempat kerja.  Sebagai wanita yang bekerjaya selalunya kita tidak terkecuali dalam mengalami masalah ditempat kerja.  Jika kita selalu ditimpa masalah ia akan mendatangkan stress dan akhirnya kita mengambil keputusan untuk berhenti atau bertukar tempat kerja.  Pelbagai sebab boleh berlakunya masalah stress ditempat kerja samada dengan rakan sekerja, majikan, kerja yang diberi ataupun suasana di pejabat itu sendiri.

Perlukah kita meroyan di Facebook sekiranya kita stress di pejabat ? Mungkin pada mulanya rakan-rakan anda akan membantu tetapi kita harus ingat jika kita selalu meroyan kemungkinan besar rakan-rakan kita akan lari dari kita.  Lama-lama orang akan hide dari kita ataupun terus block dan akhirnya tak mendatangkan penyelesaian masalah kita.

Tips menangani stress ditempat kerja.

1) Mulakan hari kita dengan senyuman.  Bermula dari kita keluar rumah perasaan gembira perlu ada dalam diri kita jika tidak seluruh hari kita akan rasa stress.  Think positive you will get positive result !

2) Berkata dengan perkataan yang baik-baik.  Elakkan mengumpat rakan sekerja atau mengata buruk dibelakang orang lain.  Kerana 1 jari kita tunding ke arah orang lain 4 jari lagi akan menuju ke arah kita.  Kesannya kita akan berasa stress orang mengutuk kita semula. What goes around comes around ! Ingat dunia ni bulat…hehe

3) Kemaskan meja sebelum balik.  Ini sangat penting kerana setiap pagi adalah permulaan bagi diri kita.  Sekiranya meja kita dalam keadaan bersepah, secara automatik masalah stress akan berlaku !

4) Luangkan masa bersama keluarga.  Kerja 5 hari seminggu boleh meletihkan kita.  Luangkan masa bersama keluarga seperti beriadah, berkelah dan bercuti.  Jika kita meluangkan masa bersama anak-anak kita akan dihargai semula apabila sudah tua.  Dengan ini masalah stress yang dialami tidaklah berpanjangan seumur hidup…hehe

5) Mendekatkan diri dengan Allah.  Tidak perlu meratapi masalah di Facebook, bercerita didalam group yang ahlinya ramai kemungkinan besar masalah yang dihadapi boleh menjadi lebih rumit.  Dekatkan diri dengan Allah dan berdoa.  Insyallah masalah stress yang dialami akan hilang. 

6) Bagi yang sudah berkahwin, berkongsilah masalah bersama suami kita supaya stress ditempat kerja boleh berkurangan.  Sekiranya belum berkahwin,  carilah teman rapat untuk berkongsi masalah.

7) Luangkan diri untuk melakukan hobi yang diminati.  Bersukan, berenang, menyanyi atau memasak serta aktiviti yang digemari supaya dapat meredakan stress yang dialami.

Lakukan 7 perkara diatas sebagai penyelesaian masalah stress yang dialami.  Langkah awal perlu sebelum ianya memakan diri kita sendiri. 

*Berkongsilah tips ini kepada rakan-rakan anda yang bermasalah !

Tipsmenangani stress ditempat kerja

Jangan lupa kreditkan blog sy yer. Muah J
http://lovelyummi.blogpsot.com

No comments:

Post a Comment