Wednesday, 2 January 2013

5 golongan berisiko menghidap Sakit Sendi (Osteoarthritis)

Sakit sendi berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.  Apabila permukaan menjadi haus ia akan menyebabkan berlakunya radang dan kawasan mengakibatkan sendi menjadi bengkak dan kebas.

Sakit sendi kerap berlaku pada sekitar lutut kerana lutut digunakan untuk berjalan, duduk dan berlari.  Bagi langkah pencegahan awal ingin saya kongsikan lima golongan yang berisiko untuk menghidap sakit sendi.

1) Atlet sukan yang banyak melibatkan penggunaan lutut seperti pemain bola sepak, pelari dan sebagainya

2) Individu yang mengalami masalah obesiti kerana berlaku tekanan pada lutut

3) Individu yang mengalami masalah lemah otot peha dari kecil

4) Individu yang berusia

5) Individu yang sering mengangkat barang-barang berat


No comments:

Post a Comment