Adakah anak anda berusia dalam lingkungan 2 hingga 4 tahun? Jika YA anda adalah seperti saya. Anak yang berusia dari 18 bulan akan mula membuat perangai. Waktu inilah kesabaran sebagai ibu dan ayah teuji. Adakah kita lebih kepada memukul atau memujuk anak kita sendiri? Kita sendiri nilaikannya.
Tahukah anda Tantrum adalah perkara biasa dikalangan kanak-kanak. Jika anak anda berbuat demikian ia adalah perkara positif dalam perkembangan kanak-kanak. Ia adalah sebagai peralihan dari dunia bayi ke dunia kanak-kanak.
Tantrum berlaku apabila anak-anak meluahkan perasaan mereka. Kadangkala mereka memerlukan ibu bapa untuk bersama mereka seperti bermain. Jika kita mengabaikan mereka, mereka akan mula membaling barang, melompat atau menjerit bagi menarik perhatian kita. Adakah kita terus menghukum mereka dengan memukul mereka? menjerit ke arah mereka kerana perliku mereka tidak baik ?
Perkara yang perlu dilakukan sekiranya Tantrum berlaku :
1) Pergi ke arah mereka dan bertanyakan apa yang mereka inginkan. Seperti anak saya yang berusia 2 tahun 3 bulan, beliau sudah pandai bercakap jadi lebih senang berkomunikasi.
2) Cuba memujuk mereka. Jika mereka ajak bermain, cuba luangkan masa untuk bermain. Kadangkala apabila kita bekerja anak-anak tidak dapat melihat kita, masa kita pulanglah masa mereka ingin bermain dengan mereka. Bermain bersama anak dapat mengurangkan rasa stress setelah seharian bekerja.
3) Jika kita mempunyai masa terluang bawa mereka bercuti atau beriadah. Dengan ini mereka lebih rasa dihargai dan mendengar kata kita.
Hargai setiap masa yang yang ada kerana anda akan merindui masa tantrum mereka ketika kecil. :)
No comments:
Post a Comment