Thursday, 18 July 2013

Cara Penyimpanan Susu Ibu

Cara Penyimpanan Susu Ibu yang terbaik

Kaedah penyimpanan susu ibu yang betul dapat memberikan khasiat yang terbaik pada si manja.  Penyediaannya perlulah teratur, bersih, disterilkan serta bertutup rapat bagi mengelakkan pencemaran susu ibu.  Pemilihan beg sejuk beku dan tebal juga membantu ketahanan susu ibu bagi ibu yang bekerja.



Pastikan bekas susu tersebut seperti berikut :-


- Bekas plastik atau botol susu free BPA (Bisphenol- A)
- Bekas plastik yang bertutup rapat (Plastik)
- Bekas plastik biasa tetapi telah disterilkan ( bertutup rapat seperti tupperware)

Panduan Penyimpanan Susu :-

- Sterilkan terlebih dahulu bekas penyimpanan susu menggunakan sterilizer atau rendam dalam air panas.
- Masukkan susu kedalam bekas, mengikut keperluan simanja antara 2oz ke 4oz.  Supaya tidak berlaku pembaziran atau pencemaran sekiranya dibuka berulang kali
- Simpan susu di bahagian bawah peti ais sebelum dimasukkan ke peti sejuk beku (pembekuan susu)
- Sekiranya susu disimpan di peti ais bahagian bawah elakkan ianya diletakkan berhampiran pintu, kerana kekerapan membuka pintu peti ais akan menjejaskan ketahanan susu ibu.
- Sekiranya menggunakan cooler bag, masukkan ice pack bagi mengawal suhu susu dan ketahanan susu.

Ketahanan susu ibu :-

lovelyummi.blogspot.com



Informasi tambahan : 

1) Susu ibu yang diperah ditempat kerja perlu disimpan di dalam peti ais (sekiranya ada) sekiranya tiada hendaklah disimpan di dalam cooler bag dan masukkan ice pack, bagi menjamin ketahanan susu.

2) Susu ibu yang telah dicairkan setelah diambil dari peti ais sejuk beku tidak boleh disimpan semula kedalam peti ais sejuk beku.  Susu perlu digunakan dalam tempoh 24 jam.

3) Susu perahan yang baru perlulah disimpan kedalam peti ais bahagian bawah terlebih dahulu, sekiranya tidak digunakan selama 4 atau 5 hari bolehlah disimpan ke dalam peti ais sejuk beku bagi mengekalkan ketahanan susu tersebut.

4) Susu perahan yang telah dipanaskan boleh disimpan tetapi tidak habis diminum didalam peti ais bawah tetapi hanya untuk tempoh 2 jam sahaja.  Sekiranya tidak diminum ianya perlu dibuang.

No comments:

Post a Comment