Assalamualaikum,
Syukur kerana kita masih diberikan ruang untuk bernafas dan menikmati hidup di muka bumi tuhan ni. Bulan Syaaban telah menjelma dan kita akan menjengah pula pada Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan pada bulan hadapan sekiranya diizinkan Allah S.W.T.
Bagi wanita yang mengandung dan menyusukan bayi ini bukanlah penghalang untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang islam sekiranya tidak ada masalah dari segi kesihatan. So nak tau x macam mana caranya untuk kekal bertenaga walaupun berpuasa sepanjang hari??
Tips ni berdasarkan pengalaman Zima sendiri sebagai seorang ibu :)
1) Syarat : Berlatih puasa sunat atau puasa ganti pada bulan Rejab dan Saaban. Sekurang-kurangnya dapat jugak pahala puasa sunat :) Sekiranya kita berlatih puasa bagi yang hamil dan menyusukan secara automatik bila puasa Ramadhan kita x menjadi masalah.
2) Bersahur : Perlu makan makanan berat seperti nasi, minum cukup air masak. Alas perut dengan kurma 3 biji. Kalau boleh selawat dan berniat kita akan berpuasa esk hari. Anak kita confirm akan behave punye dan x meronta2 mcm selalu. Sbb kuasa Allah :)
3) Ceria sentiasa, kurangkan bercakap benda yang x berfaedah dan akhirnya yang mengundang lapar..hehehe
4) Time rehat tu rehatkan badan secukupnya untuk masuk kerja waktu petang.
5) Bila dah petang selalunya memang letih so terus bawak mandi supaya badan jadi cergas. Bagi yang masak boleh terus continue masak, bagi yang nak makan kt luar boleh rehat sekejap.
6) Jangan lengah-lengahkan waktu berbuka. Makan kurma dahulu or minum air yang manis tuk bagi tenaga. Confirm ank pun berkocak sama.. sbb dapat berbuka :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa !
No comments:
Post a Comment