Tuesday, 15 January 2013

Senyumlah wahai wanita


Senyum.  Tak perlu mengeluarkan sepatah perkataan dari mulut.  Senyum boleh menggambarkan ekspresi diri kita samada kita dalam keadaan gembira, marah ataupun sedih.  Macam-macam jenis senyum yang kita biasa dengar senyum kambing, senyum simpul, senyum tak perlu kata apa-apa.. hehe yang penting senyum adalah satu sedekah.  Senyum boleh mengubah hidup kita!

Dalam hidup kita kalau kita kurang senyum dengan orang lain maka kita terus dianggap sebagai sombong, orang yang serius, golongan yang memilih kawan walaupun pada hakikatnya kita adalah seorang dermawan dan setiakawan.  Tapi tak perlulah sepanjang hari kita senyum karang terus kena cop gila pulak..hehe senyum biar pada tempatnya.  Sedangkan kalau ada call masuk pun kalau kita tak senyum ia boleh merubah suara kita sendiri.  Pentingnya senyum dalam hidup kita…

Bila kita ada masalah, baru lepas dimarah oleh bos.  Rasa marah, geram terus masuk dalam badan jadi satu kerja pun tak boleh siap.  Hidup rasa kosong.. kosong … kosong dan akhirnya kita buat keputusan untuk berhenti kerja.  Perempuan sering bermain dengan emosi.  Terlalu beremosi juga menyusahkan diri kita sendiri.  Apa kata lepas ni bila kita kena marah, kita balik ke tempat kita dan kita senyum.  Cakap dekat diri kita “ bukan kita sorg jer kena marah org lain pun pernah rasa jugak.  X pe bos is always right”. Automatik rasa gundah-gulana kurang.  Avoid la posting dekat fb yang orangnye beribu-ribu, meroyan sana-sini  kalau boleh sebab kemungkinan besar masalah kita takkan selesai pun.. just sharing dengan kawan-kawan baik kita kalau boleh bukan tempat yang public sampai orang pun muak… wek

Senyum boleh mengurangkan stress, boleh menyembuhkan penyakit dan automatik kita nampak muda remaja.  Perlu ke kita berbelanja beribu-ribu, cocok sana cocok sini dan akhirnya muka kita nampak tua jugak sebab kurangnya senyum.  Senyum dapat melatih otot-otot muka supaya kelihatan tegang je.. kalau muka masam automatik otot-otot kendur ke bawah.. rugi-rugi..

Bila kita senyum, hati kita pun rasa lapang jer.. sebab takkan ada orang nak cari pasal dengan kita .  Sakit jantung pun takut-takut jer nak serang..mudah-mudahan..  Kita juga lebih yakin, bersemangat dalam melaksanakan tugas.  Bayangkan kalau kita dah lambat bangun nak pergi kerja, bangun terus mengamuk hasilnya kita automatik kita akan lambat sampai dekat pejabat sebab traffic light dan jalan raya tak membantu kita langsung.  Bila dah sampai bos marah, kerja bertimbun dan kesannya kita akan mengalami satu hari yang sanggggaaaat panjang, kita pun bermuram durja dan akhirnya nampak tua. 

Zima ade seorang kawan, umur dalam lingkungan 57 tahun.  Dari segi umur kita boleh agak mungkin orangnya dah sakit-sakit badan, kulit mengendur dan boleh nampak garisan dekat muka.  Tapi orangnya tak seperti yang kita jangka.  Bertenaga, sihat malah sentiasa tersenyum.  Mampu bekerja dan drive berulang alik dari pejabat ke rumahnya di Kajang.  Malah Zima pernah bersembang dengan rakannya yang berumur 52 tahun tapi nampak lebih tua dari kawan Zima.  Rahsianya jika ada masalah anggaplah masalah yang kita hadapi kecil dan mampu kita selesaikan dengan baik, sentiasa senyum dan ketawa serta hargai setiap masa yang kita ada.

p/s : Senyum biar kena pada tempatnya.  Senyumlah kerana senyuman mencerminkan diri anda.

No comments:

Post a Comment