Kebanyakkan dari kita sering mengabaikan pemeriksaan kesihatan atas alasan tidak berasa sakit. Masih boleh bekerja dan beranggapan mereka tidak akan mengalami penyakit yang kronik seperti sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Tahukah anda penyakit kronik ini menyerang anda dalam diam?
Tahukah anda tanda-tanda awal anda mengalami penyakit buah pinggang :
1) Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil
2) Darah keluar bersama-sama air kencing
3) Perubahan pada kekerapan membuang air kecil
4) Sakit belakang
5) Kerap membuang air kecil ketika waktu malam
6) Bengkak pada pergelangan kaki
7) Sembab pada mata yang berlarutan terutama pada waktu pagi
Buah pinggang bertindak untuk menapis darah, membuang toksik dan air yang berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas akan mengakibatkan kematian jika tidak mendapatkan buah pinggang yang baru. Kos untuk mendapatkan buah pinggang juga adalah tinggi.
Kegagalan buah pinggang boleh diatasi dengan :
1) Pengambilan makanan yang seimbang
2) Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
3) Berhenti merokok
4) Makan ubat mengikut nasihat doktor. Hentikan pengambilan ubat kurus kerana berisiko untuk merosakkan buah pinggang
5) Kekalkan berat badan yang seimbang
6) Bersenam selama 30 minit setiap hari
* Sumber infomasi http://www.ipislam.edu.my
No comments:
Post a Comment